Jumaat, 7 November 2014

Jumaat, November 07, 2014
Masjid Cold Lake, Alberta Mangsa Vandalisme, Lihat Tindakan Masyarakat Sana | Walaupun suasana dan budaya masyarakat barat banyak membenci Islam angkara propaganda media. Namun, hakikatnya budaya masyarakat sana sebenarnya jauh lebih baik dari sangkaan kita.

Masjid Cold Lake, Alberta Mangsa Vandalisme, Lihat Tindakan Masyarakat Sana

Terbukti apabila sebuah masjid yang terletak di Cold Lake, Alberta, Kanada telah menjadi mangsa vandalisme Jumaat lepas.

Cold Lake, Alberta, Kanada

Dinding diconteng ‘go home’ dan beberapa cermin tingkap sengaja dipecahkan membuatkan perkara tersebut telah mengejutkan Lembaga Pengarah Masjid, Mahmoud El-Kadri yang ke masjid pagi itu.

“We were born here and raised here and this is our home.” Kata anak-anak beliau yang sama hadir dengan esak tangis melihat insiden yang berlaku.

Masjid Cold Lake, Alberta Mangsa Vandalisme, Lihat Tindakan Masyarakat Sana

Selama 4 tahun Masjid Cold Lake tidak pernah disentuh oleh mana-mana sentimen. Komuniti di sini sangat menghormati apa sahaja pegangan agama yang dianuti oleh masyarakat setempat.

Isu ini sama-sama ditangani apabila tindakan positif komuniti masyarakat di Cold Lake bersama-sama melibatkan diri dengan pihak pengurusan masjid bergotong-royong mengembalikan masjid ke keadaan asal.




Terima kasih Kanda, anda memberitahu dunia tentang hidup bermasyarakat itu satu perpaduan dan satu kemanisan

sumber
http://thevocket.com/masjid-cold-lake-kanada-diganggu-respon-masyarakat-di-sana-sangat-ohsem/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.