Khamis, 13 November 2014

Khamis, November 13, 2014
MAUT DIPANAH PETIR | Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah maut dipanah petir ketika berada di pagar pintu masuk sekolah di Pasir Gudang itu, semalam.

MAUT DIPANAH PETIR

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, mangsa yang berusia 57 tahun difahamkan maut di tempat kejadian sejurus terkena panahan petir yang tepat pada tubuhnya ketika cuaca mendung dan kilat sabung-menyabung.

Menurut sumber akhbar, mangsa yang berasal dari Sabah itu sedang membuka pintu pagar sekolah bagi memberi laluan kepada kereta seorang guru yang ingin pulang selepas tamat sesi persekolahan.

Bagaimanapun, katanya mangsa tiba-tiba rebah sebelum didapati meninggal dunia dipercayai akibat terkena panahan petir.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintendan Norazam Shaari yang mengesahkan kejadian itu berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurutnya, mayat lelaki itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk tindakan lanjut.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/8564


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.