Rabu, 26 November 2014

Rabu, November 26, 2014
Mayat Bayi Dalam Almari | Seorang pekerja am masjid yang sedang mengemas almari telekung terperanjat apabila membuka satu bungkusan kain pelikat yang berisi mayat bayi perempuan di Masjid Jamek Bandar Tangkak, lewat pagi ini.

Mayat Bayi Dalam Almari
Mayat bayi yang dibungkus dengan kain pelikat (bulatan kecil) ditemui dalam masjid. - Shaiffulazhar Misri 
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, pekerja am terbabit dikatakan mahu melipat telekung apabila ternampak bungkusan kain pelikat berkenaan dan memeriksanya.

Pekerja terbabit segera melaporkan penemuan mayat bayi yang sudah cukup sifat itu kepada noja masjid sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran di mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurutnya, polis sedang mengesan ibu bapa bayi terbabit dan individu yang bertanggungjawab termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid itu.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/11992


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.