Khamis, 13 November 2014

Khamis, November 13, 2014
MISTERI: HILANG 3 KM DARI TEMPAT BERKELAH | Naluri seorang ibu yang kuat menyatakan anaknya masih berada disekitar kawasan dia hilang ternyata benar apabila lelaki tersebut ditemui 3 kilometer ke hilir dari tempat perkelahannya.

MISTERI: HILANG 3 KM DARI TEMPAT BERKELAH

"Naluri saya kuat mengatakan anak saya yang hilang sejak petang semalam (kelmarin), masih berada di Hutan Lipur Bukit Wang ini. Alhamdulillah, dia ditemui selamat walaupun masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Dengan iringan doa, bacaan Yasin dan solat hajat di lokasi pencarian malam tadi (kelmarin), dia selamat ditemui," kata Sahidah Azizan ibu Mohd Yahya Ahmad Bakri, 24, yang ditemui pada jam 10.15 pagi semalam, tiga kilometer (km) di hilir Sungai Bukit Wang dari lokasinya dilaporkan hilang petang kelmarin ketika berkelah bersama keluarga.

Sebaik mangsa ditemui, keluarga, terutama ibu bapanya, Ahmad Bakri Rejab, 55, kelihatan sebak dan berpelukan.

Mangsa ditemui tidak bermaya di kawasan sungai oleh penduduk kampung kebetulan melalui kawasan itu. Ketika ditemui dia hanya berseluar panjang tanpa baju dan tidak berkasut.

Sahidah, 52, berkata, dia gembira sebaik anak kedua daripada tujuh beradik itu diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/8765


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.