Ahad, 2 November 2014

Ahad, November 02, 2014
PAHANG JUARA OPPO PIALA MALAYSIA | Pahang berjaya mempertahankan kejuaraan dengan menjulang Oppo Piala Malaysia setelah selepas mengecewakan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.

PAHANG JUARA OPPO PIALA MALAYSIA

Impian Johor Darul Takzim (JDT) untuk membawa balik trofi Piala Malaysia lebur apabila tewas kepada Pahang secara penalti 5-3 selepas terikat 2-2 dalam pelawanan yang mengheret sehingga masa tambahan pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Bagaimanapun kejayaan penuh dramatik yang dirangkul skuad Tok Gajah ini bukan mudah kerana terpaksa bekerja keras selepas kehilangan seorang pemain Saifulnizam, yang dilempar kad merah kerana dilihat menumbuk perut pemain JDT, Amri Yahya.

PAHANG JUARA OPPO PIALA MALAYSIA

Saifulnizam mendakwa kakinya telah dipijak terlebih dahulu oleh Amri Yahya, namun pengadil gagal mengesan kekasaran tersebut.

Rentak Pahang bergoyah sedikit dengan kehilangan seorang pemain, namun gol penyamaan Nwakaeme pada minit ke 71, menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-kedua pasukan gagal menambah sebarang jaringan.

PAHANG JUARA OPPO PIALA MALAYSIA

SENARAI PEMAIN:

Johor DT: Al-Hafiz Hamzah (PG), Mahali Jasuli,, Marcos Antonio, Fadhli Shas, Asraruddin Putra, Shakir Shaari,Safiq Rahim (k),Jasazrin Jamaludin,Amri Yahya,Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa

Jurulatih: Bojan Hodak

Pahang: Khairul Azhan (PG), Saifulnizam Miswan, Damion Steward, Razman Roslan (K), Shahrizan Salleh, Azamuddin Akil, Azidan Sarudin, Faizol Hussain, R.Gopinathan, Matias Conti, Dickson Nwakaeme

Jurulatih: Zainal Abidin Hassan

sumber
http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2014/11/01/story-final-piala-malaysia/
http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/pahang-juara-piala-malaysia-2014-1.329601


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.