Isnin, 24 November 2014

Isnin, November 24, 2014
Pandalela Rinong Kemalangan | Penerjun negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan di Jalan Mahameru arah Sentul berhampiran Bangunan Parlimen, awal pagi tadi.

Pandalela Rinong Kemalangan

Dalam kejadian pada 1 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan ke Pusat Sukan Bukit Jalil tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang menukar arah laluan secara tiba-tiba.

Menurutnya, mangsa yang memandu kereta model Chevrolet hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.

“Bagaimanapun, mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/11360


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.