Isnin, 3 November 2014

Isnin, November 03, 2014
Pasukan Mencari Guna Anjing Pengesan | Pasukan mencari dan menyelamat menggunakan khidmat anjing pengesan bagi menjejak seorang pelajar Tingkatan Empat yang dilaporkan hilang sewaktu menyertai acara maraton di Sekayu, Kuala Berang, petang kelmarin.

Pasukan Mencari Guna Anjing Pengesan
Ibu bapa mangsa berpelukan mengenagkan nasib anak mereka
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata setakat lima petang tadi (Ahad), usaha mencari Ahmad Rafikin Azman, 16, masih gagal sehingga pihaknya terpaksa menggunakan empat ekor anjing pengesan polis dalam operasi itu.

Pasukan Mencari Guna Anjing Pengesan

"Kita juga menambah anggota penyelamat kepada 92 berbanding 42 orang pada sebelah pagi berikutan keadaan cuaca di samping permukaan jalan yang licin.


"Walaupun hujan dan cuaca gelap, kita akan teruskan usaha sehingga berjaya menemui mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di Sekayu.

Misi tersebut turut disertai oleh bapa mangsa dan juga beberapa penduduk. Selain itu, solat hajat diminta dilakukan diseluruh negeri Terenggau.

Pasukan Mencari Guna Anjing Pengesan

Menurut laporan itu lagi, pihak tentera seramai 35 anggota dari Seberang Takir turut membantu misi SAR pada waktu malam.

Pasukan keselamatan melaporkan ada kedengaran seperti suara meminta tolong disyaki mangsa di kawasan air terjun tingkat tujuh Sekayu. Pihak keselamatan masih berusaha menjejaki arah dari mana datangnya suara itu yang dipercayai datang dari gigi air pada jam 9.30 malam. (semalam)

Mangsa seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, dilaporkan hilang setelah tidak menamatkan perlumbaan maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Othman, 50, membuat laporan polis kira-kira 6 petang semalam. - Bernama

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1102&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm
http://terengganutimes.com/hari-kedua-misi-sar-mangsa-hilang-di-gunung-gajah-terom-sekayu


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.