Khamis, 13 November 2014

Khamis, November 13, 2014
Pecah Kereta: OKU Kena Pukul, Ibu Report Polis | Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 22 tahun cedera dipukul penduduk kampung ketika cuba memecah kereta di Panji, Pengkalan Chepa, 8.30 malam semalam.

Pecah Kereta: OKU Kena Pukul, Ibu Report Polis

Akibatnya, lelaki itu cedera di kepala dan menerima beberapa jahitan selain lebam di badan.

Dia kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Difahamkan dalam kejadian itu, OKU berkenaan yang mengalami kecacatan di bahagian kiri tangan cuba memecah sebuah kereta, namun disedari penduduk kampung yang bertindak memukulnya.

Bagaimanapun, ibu lelaki itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan penduduk kampung membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu tadi.

"Mereka tak patut pukul anak saya hingga cedera begini. Sepatutnya mereka rujuk kepada polis," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/8791


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.