Selasa, 4 November 2014

Selasa, November 04, 2014
Pegawai JPJ Kena Ludah, APA SALAH JPJ? | Satu status di fanpage JPJ memuatkan tindakan seorang lelaki yang enggan membantu seorang pegawai mereka yang mengalami kemalangan motorsikal, bukan sekadar enggan membantu, pegawai tersebut telah diludah oleh lelaki yang memuatnaik status tersebut.

Nampaknya isu pegawai JPJ yang menjadi mangsa kemalangan dan diludah oleh lelaki ini telah menjadi viral dimedia sosial. Berikutan itu, admin fanpage JPJ memuatnaik status berikut.

APA SALAH JPJ?

Pegawai JPJ Kena Ludah, APA SALAH JPJ?

Tersentak membaca ringkasan cerita ini. Kalau benar perkara ini berlaku, kenapa kami perlu diperlakukan sehingga sebegini rupa? Apa salah kami?

Salah ke kami kerana ingin menguatkuasa dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi?

Salah ke kami kerana ingin memastikan pemandu dan penumpang sentiasa selamat?

Salah ke kami kerana ingin memastikan kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan selamat?

Dan salah ke kami kerana ingin memastikan jalan raya di Malaysia sentiasa selamat untuk SEMUA pengguna?

Kalau benar semua itu salah? Jadi apa yang sebetulnya perlu kami lakukan?

Kalau ada di antara kami bersalah kenapa yang lain juga perlu merasa tempiasnya?

Cukup sedih, cukup pedih. Kalau ini yang perlu kami telan kami akur. Terima kasih wahai rakyat Malaysia.

Pegawai JPJ Kena Ludah, APA SALAH JPJ?

Tinjauan ke page JPJ agak mengejutkan kami, hampir kesemua yang memberikan komen bertindak menyalahkan JPJ diatas pelbagai isu, tak perlu kami nyatakan disini. Anda boleh membaca sebahagian kecil komen tersebut diatas.

Namun satu komen dari Azizul Muhammad agak menyentuh hati kami, "Kereta sy pernah kena sita ketika operasi jpj... ketika tu isteri sy sedang sarat mengandung disuruhnya balik jalan kaki... wallahualam... Andai post sy ni berbohong hanya tuhan sja membalas..."

Adakah ianya benar berlaku? Wallahualam...kami sendiri pun tak pasti.

Bagaimanapun, kami berharap satu hari nanti pihak JPJ mampu membersihkan imej mereka yang kini tercalar teruk dimata masyarakat Malaysia.


- Admin Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.