Ahad, 2 November 2014

Ahad, November 02, 2014
Pelajar Maut Di Sambar Petir Ketika Dengar Lagu Guna Earphone | Seorang pelajar lelaki maut selepas disambar petir ketika mendengar lagu menggunakan fon telinga yang disambungkan ke telefon bimbit dalam kejadian di rumahnya di Kampung Murud, di Serian, kelmarin.

Pelajar Maut Di Sambar Petir Dengar Lagu Guna Earphone

Bartholomew Robert, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taiee, di sini, dilaporkan disambar petir ketika berada di ruang tamu rumahnya, jam 6.30 petang.

Sumber berkata, sebelum itu, mangsa dipercayai menggunakan fon telinga untuk mendengar lagu melalui telefon bimbit.

Pelajar Maut Di Sambar Petir Dengar Lagu Guna Earphone

"Ketika kejadian, cuaca buruk dengan kilat serta hujan, sebelum menyambar peranti digunakan mangsa. Ini menyebabkan mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.

"Kejadian berlaku di hadapan ibu bapa serta ahli keluarga mangsa yang bergegas membawanya ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia," katanya.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/5940


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.