Ahad, 2 November 2014

Ahad, November 02, 2014
Pelajar Sertai Marathon Hilang | Seorang pelajar tingkatan empat Ahmad Rafikin Azman, 16, hilang ketika menyertai acara Maraton Gajah Terom di Sekayu, Kuala Berang, petang semalam.

Pelajar Sertai Marathon Hilang

Perkara itu disedari bapa mangsa, Azman Othman yang datang untuk menjemputnya jam 3 petang semalam, tetapi pelajar itu tidak muncul di garisan penamat tanpa diketahui puncanya.

Difahamkan, pada malam sebelum kejadian, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu berkhemah di lokasi marathon berkenaan yang dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara.

Pelajar Sertai Marathon Hilang

Sumber berkata, pihak urusetia memaklumkan Ahmad Rafikin hanya sempat melepasi 'checkpoint' pertama saja dan selepas itu tidak dapat dikesan.

"Sehingga jam 4.30 petang tadi, pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui mangsa dan operasi masih diteruskan," katanya.

Pelajar Sertai Marathon Hilang

Seramai 42 anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela dan penduduk kampung setempat mengambil bahagian dalam operasi mencari.

Acara marathon itu disertai 540 peserta pelbagai peringkat umur bermula pada jam 8.15 pagi.

Pelajar Sertai Marathon Hilang

Dalam pada itu, menerusi fanpage Terengganu Times, seorang pelajar, Nor Hayati dari Sekolah Sekolah Sri Berang mendapat alamat dari mimpinya semalam mangsa hilang di sekitar pokok besar di laluan trek marathon Gunung Gajah Terom.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/5990
https://www.facebook.com/TerengganuTimes


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.