Jumaat, 7 November 2014

Jumaat, November 07, 2014
Pelik, Lelaki Ini Betul-Betul Bertelur! | Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat ini tiada siapa tahu punca fenomena itu.

Pelik, Lelaki Ini Betul-Betul Bertelur!

Kata Sinin, 62, polis juga pernah menyoal siasat - dan mengambil telurnya - selepas penduduk setempat kecoh mengenai ‘kelebihan’ dimilikinya.

“Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur lebih kerap,” katanya.

 Lelaki Ini Betul-Betul Bertelur

Kini menetap di Penjaringan di Jakarta Utara, Sinin berkata, sehingga kini menurutnya, dia sudah mengeluarkan 202 biji telur, termasuk 100 biji yang keluar pada tahun 2000.

Kata Sinin, sesetengah telurnya dibuang begitu saja, manakala sebahagian lagi diberi kepada sesiapa yang berminat.

Menceritakan pengalamannya bertelur, Sinin berkata, mula-mula dia berasa sakit seperti memulas pada perut.

 Lelaki Ini Betul-Betul Bertelur

Lama-kelamaan, menurutnya, dia akan mengeluarkan telur melalui proses sama seperti orang membuang air besar.

Sehingga kini Sinin masih bingung untuk menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku.

“Cuma dulu saya pernah bermimpi ada seseorang memberi saya telur.
“Tiba-tiba saya boleh bertelur,” katanya.

 Lelaki Ini Betul-Betul Bertelur

Bagaimanapun, telur Sinin yang mirip seperti telur ayam tidak boleh keras apabila direbus.

Anak Sinin, Sunarto, 40, berkata dia pernah cuba merebus telur bapanya tetapi selepas satu jam, ia kekal seperti asal.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/7175


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.