Selasa, 18 November 2014

Selasa, November 18, 2014
Pemilik Jam Puaka Termahal di Dunia Maut 2 Hari Sebelum Di Jual | Jam tangan eksklusif ini terkenal sebagai yang paling mahal di dunia, tetapi dikatakan telah membawa nasib malang kepada pemiliknya.

Pemilik Jam Puaka Termahal di Dunia Maut 2 Hari Sebelum Di Jual

Sheikh Saud bin Mohammed Al-Thani pemilik jam paling mahal bernilai £15 juta (RM79 juta), meninggal dunia secara mengejut di kediamannya minggu lalu.

Bilionair berusia 48 tahun itu yang terkenal sebagai pengumpul hasil seni terbesar di dunia, ingin menjual jam itu dan bersedia untuk melelongnya.

Pemilik Jam Puaka Termahal di Dunia Maut 2 Hari Sebelum Di Jual

Namun, dia meninggal dunia akibat serangan jantung dua hari sebelum jam itu dilelong.

Jam tangan yang dihasilkan oleh Patek Phillipe pada 1933 sering dikatakan membawa malang kepada pemiliknya.

Pemilik pertama Henry Graves, menempahnya dari pembuat jam legenda Patek Phillipe pada tahun 1925.

Pemilik Jam Puaka Termahal di Dunia Maut 2 Hari Sebelum Di Jual

Tujuh bulan selepas Graves membeli jam tersebut, kawan baiknya meninggal dunia dan tidak lama selepas itu anaknya, George pula terbunuh dalam satu kemalangan kereta pada tahun 1934.

Malah sebelum itu, anak sulung Grave, Herry telah pun maut dalam satu kemalangan kereta pada tahun 1922 pada usia 25 tahun.

Jam ini di gelar 'Supercomplication" menjadi jam paling mahal didunia kerana ciri-ciri canggih dan keunikan yang ada padanya.


Patek Phillipe dan Grave telah menghabiskan masa selama tiga tahun membuat penyelidikan tentang jam ini dan lima tahun untuk membuat jam poket tersebut.

Grave juga hampir-hampir membuang jam tersebut kedalam tasik utara negeri New York kerana kecewa dengan nasib yang menimpanya.

Namun bernasib baik apabila seorang anaknya Gwendolen sempat memujuk dan mengambil jam tersebut dan mewarisi kepada anaknya Reginald 'Pete' Fullerton pada tahun 1960 dan dia telah menjualnya kepada seorang usahawan dari Illinois pada harga USD200,000.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9792
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2833820/Curse-15million-watch-Haunting-story-elaborate-watch-man-wished-never-owner-it.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.