Selasa, 18 November 2014

Selasa, November 18, 2014
Pemilik Volkswagen Golf Bingung No Plat Kereta Sama | Surat khabar kata,"Entah di mana silap, siapa yang melakukan kesalahan menjadi tanda tanya." Akceli perkara begini dah lama dah diketahui orang awam...cuma ianya tidak meletup seperti yang disiarkan di media sosial sejak kelmarin, begitulah kuatnya pengaruh media sosial.

Pemilik Volkswagen Golf Bingung No Plat Kereta Sama

Semua persoalan itu pastinya mengundang kebingungan bukan sahaja kepada pemilik dua kenderaan, malah menjadi perhatian orang ramai yang mempersoalkan kenapa nombor pendaftaran sama boleh didaftarkan untuk dua kenderaan berbeza.

Seorang ejen insurans yang tertanya-tanya bagaimana nombor pendaftaran AJK8033 yang didaftarkan ke kereta jenis Volkswagen Golf miliknya telah dikongsi bersama pemilik lain.

Dalam kejadian di Jalan Speedy di Teluk Intan Sabtu lalu, dua kereta jenis Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran sama mengejutkan orang ramai dan mula menjadi viral di laman sosial sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes kini dalam siasatan termasuk mencari punca sebenar persamaan nombor pendaftaran tersebut setelah pengadu (ejen insurans) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan, pada hari yang sama.

Katanya, berdasarkan keterangan pengadu berusia 34 tahun (ejen insurans) terbabit, dia memberitahu menerima maklumat menerusi aplikasi sosial WhatsApp dari rakan-rakannya yang mengatakan terlihat sebuah kereta jenis Volkswagen Golf menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengannya.

Mohd Suhaily berkata, apabila pengadu sampai Jalan Speedy, dia mendapati ada sebuah kereta jenis dan nombor pendaftaran sama namun dimiliki oleh orang lain.

“Pihak polis dihubungi dan bergegas ke tempat kejadian. Pihak kami juga menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang mengaku menggunakan kereta bernombor pendaftaran sama di tempat kejadian dan kereta dirampas,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, polis turut menahan seorang lagi lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pemilik asal kereta sebelum dibeli pemilik sedia ada.

Di bawah kami siarkan lagi beberapa gambar pemilik kereta yang telah diciplak/klon oleh kenderaan yang sama sejenisnya. Persoalannya...siapakah dalang yang melepaskan sebegitu banyak kereta dengan nombor pendaftaran yang sama ini? Dan benarkah terdapat dakwaan pengguna, kereta klon ini sebenarnya datangnya dari Singapura? Apapun, kita tunggu PDRM jalankan siasatan dulu....

Pemilik Golf Bingung No Plat Kereta Sama

Pemilik Golf Bingung No Plat Kereta Sama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pemilik-bingung-nombor-plat-kereta-sama-1.334257


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.