Khamis, 20 November 2014

Khamis, November 20, 2014
Pencuri Telefon Dekat Kampar Yang Tidak Di Pukul | Itu tajuk video di youtube. Video tersebut menunjukkan sekumpulan pelajar mengepung seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai mencuri telefon bimbit milik salah seorang rakan mereka.

Pencuri Telefon Dekat Kampar Yang Tidak Di Pukul

Namun, lelaki itu menafikan dan cuba beredar dari tempat kejadian tetapi telah dihalang oleh salah seorang pelajar terbabit.

Salah seorang pelajar berbaju putih cuba mendesak suspek mengeluarkan telefon bimbit di kocek seluarnya sebagai bukti ia bukan telefon milik mangsa, bagaimanapun suspek enggan berbuat demikian dan terus menafikan tuduhan pelajar berkenaan.

Kedegilan suspek menimbulkan rasa geram dan tidak puas hati pelajar berkenaan lalu berlaku pertikaman lidah di antara mereka.

Pihak polis tiba di tempat kejadian tidak beberapa lama kemudian dan lelaki itu diserahkan kepada polis untuk soal siasat di balai.

Modus operandi, mereka selalu bergerak dalam kumpulan kecil. Apabila menghampiri mangsa, mereka akan meletakkan sekeping kertas atau buku dengan sengaja di atas telefon bimbit mangsa.

Pada masa yang sama mereka akan menerangkan yang mereka memerlukan pertolongan berbentuk tunai sebagai derma, atau dirompak atau memerlukan wang untuk membayar bil perubatan dll.

Setelah berjaya memperdayakan mangsa, mereka akan mengambil semula kertas/bukunya berserta dengan telefon bimbit mangsa di bawah kertas/bukunya itu tadi.

hhhhh

sumber
http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/11/video-pelajar-cekup-lelaki-cina-curi.html
https://www.youtube.com/watch?v=7Ome6W6IsH8


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.