Rabu, 19 November 2014

Rabu, November 19, 2014
Pengarah Syarikat Tak Mengaku Salah Kes Buli Jalanraya | Seorang pengarah syarikat konsultan Khoo Kok An, 58, mengaku tidak bersalah setelah didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dalam satu kes buli dihadapan Majistret Salamiah Salleh.

Pengarah Syarikat Tak Mengaku Salah Kes Buli Jalanraya

Khoo Kok An menghadapi dua pertuduhan melakukan khianat dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin kenderaan serta membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi dua hari lalu.

Pertuduhan Pertama 

Kok An didakwa melakukan khianat dengan membengkokkan pengelap cermin depan kereta dan meludah ke arah cermin hadapan kereta Perodua Kenari putih milik Alisa Thean Wei Yun, 45.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua

Kok An didakwa melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap mangsa yang sama dengan menghalang laluan perjalanan.

Bagi kesalahan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa berlaku di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) susur keluar Putrajaya atas jejambat Subang Jaya, jam 8 pagi, 17 November 2014.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua kes atas alasan kes itu mendapat perhatian umum.

Bagaimanapun peguam T. Geetha memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM1000 kerana kesalahan itu merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Disember depan untuk sebutan kes.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pembuli-jalan-pengarah-syarikat-didakwa-1.334808


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.