Sabtu, 1 November 2014

Sabtu, November 01, 2014
Pengawal Jumpa Mayat Bayi Di Perkarangan Letak Kereta | Seorang pengawal keselamatan sebuah pasar raya di Bukit Tinggi, di sini, yang sedang membuat rondaan rutin terperanjat menemui mayat bayi tidak cukup bulan di pekarangan letak kereta pusat beli-belah berkenaan, semalam.

Pengawal Jumpa Mayat Bayi Di Perkarangan Letak Kereta

Difahamkan bayi perempuan berusia lingkungan tujuh hingga ke lapan bulan itu ditinggalkan bersama surat khabar serta plastik berwarna merah.

Lebih menyedihkan, bayi malang itu ditemui tidak berpakaian dalam keadaan tertiarap serta sudah dihurungi semut kira-kira jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat bayi itu jam 7.52 pagi.

"Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian di kawasan letak kereta pasar raya itu dan hasil pemeriksaan awal mendapati bayi berkenaan cukup sifat bersama tali pusat serta uri yang belum dipotong,"

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/5785


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.