Selasa, 25 November 2014

Selasa, November 25, 2014
Penyokong Harimau Malaya Di LARANG Masuk Singapura, Khairy TUNTUT Penjelasan! | Patutlah masa tengok AFF Suzuki 2014 Malaysia Vs Myamar tak de pun bayang penyokong Harimau Malaya.... .Rupa-rupanya kerajaan Singapura dilaporkan telah menahan penyokong Harimau Malaysa di Tuas, Singapura dan tidak membenarkan mereka masuk!

Penyokong Harimau Malaya Di LARANG Masuk Singapura, Khairy TUNTUT Penjelasan!

Apa kejadahnya ni Singapork? Mana pergi semangat kesukanan korang? Macam komunis dah negara sana...suka-suka hati je buat larangan. Apapun alasan...perkara begini tak boleh diterima!!! Ikuti kenyataan Khairy Jamaluddin menerusi akaun Facebooknya dibawah.
"Saya telah menerima maklumat bahawa terdapat beberapa penyokong bola sepak tanah air yang ditahan di checkpoint Tuas di Singapura sebelum perlawanan AFF-Suzuki di negara tersebut pada hari Ahad.

Saya diberitahu bahawa penyokong-penyokong tersebut ditahan dan dilarang untuk memasuki Singapura, semata-mata kerana mereka ingin menyaksi perlawanan bola sepak pasukan kebangsaan menentang Myanmar.

Gambar notis larangan yang dikeluarkan oleh pihak Kastam dan Imigresen Singapura pun sudah tersebar luas di media sosial.

Pejabat saya telah menulis kepada pihak berkuasa di Singapura untuk mendapatkan penjelasan kenapa penyokong Malaysia diberi layanan yang begitu teruk sekali sehingga mereka tidak dibenarkan masuk ke Singapura untuk menyokong pasukan kebangsaan. Padahal saya dimaklumkan bahawa penyokong Myanmar dapat membanjiri Stadium Jalan Besar di Singapura, siap lagi dengan kain rentang dan bendera gergasi negara mereka.

Walaupun kami menghormati prosedur negara asing, tapi saya memang tidak puas hati dengan yang diberi kepada penyokong bola sepak Malaysia. Saya akan maklumkan pada semua apa jawapan yang diberi oleh pihak Singapura dan apa respons kita nanti.
Selain itu menurut Khairy lagi, gambar notis larangan yang dikeluarkan oleh pihak Kastam dan Imigresen Singapura telahpun tersebar meluas di media sosial.

Kalaulah beginilah layanan mereka kepada warga kita...diharap selepas ini apa-apa perlawanan yang membabitkan Singapura...JANGAN BENARKAN PENYOKONG MEREKA PULA MASUK KE STADIUM KITA!

sumber
https://www.facebook.com/Khairykj


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.