Rabu, 19 November 2014

Rabu, November 19, 2014
Polis Dedah Wajah Suspek Bom Bukit Bintang | Polis Kuala Lumpur mendedahkan imej seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam insiden serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang pada 9 Oktober lepas.

Polis Dedah Wajah Suspek Bom Bukit Bintang

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, ia berdasarkan empat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Berdasarkan rakaman CCTV juga, polis mendapati semasa kejadian, terdapat dua lelaki bertindak membaling bom tangan ke arah sekumpulan pengunjung yang keluar daripada pusat hiburan tersebut.

"Polis telah merujuk rakaman berkenaan kepada pihak forensik PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan mendapatkan pelukis profesional bagi melakar gambaran imej salah seorang yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

"Polis percaya imej lelaki yang dilukis berumur dalam lingkungan 40 tahun," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam, (Selasa).

Tajudin berkata polis juga mendapati kedua-dua suspek telah berlari menuju ke sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam yang diletakkan di kawasan sekitar sejurus selepas kejadian.

Pada masa sama pihak polis memohon maaf kerana mereka terpaksa mengambil masa untuk mengenal pasti suspek disebabkan gambaran CCTV yang kurang jelas, katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat suspek yang menyerupai imej yang diedarkan agar menghubungi Pegawai Penyiasat ASP R. Ananthan di talian 019-3227766 atau menghubungi terus Bahagian Khas (D9), IPKKL di talian 03-21460685 dan pusat kawalan IPKKL melalui talian 03-21460585 atau 03-21460584.

Dalam kejadian itu, seorang joki kereta Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain termasuk pelancong asing cedera yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2014/11/18/polis-dedah-imej-suspek-kes-bom-bukit-bintang/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.