Jumaat, 21 November 2014

Jumaat, November 21, 2014
Polis Jumpa Mayat Bayi Di Tanam Hidup-Hidup Sebelah Kubur Si Ibu | Pihak polis menemui satu mayat bayi lelaki cukup sifat dipercayai ditanam hidup-hidup tak jauh dari lokasi mayat ibunya ditemui polis, Isnin lalu.

Polis Jumpa Mayat Bayi Di Tanam Hidup-Hidup Sebelah Kubur Si Ibu

Mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 11 pagi, semalam berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Gumut Tambahan, Kuala Kubu Bharu, selepas polis membawa suspek lelaki dipercayai ada kaitan dengan kematian kedua-dua mangsa.

Suspek lelaki warga Indonesia itu disyaki teman lelaki mangsa dibunuh dibawa ke lokasi kejadian bagi melihat kerja menggali kubur bayi itu.

Dalam kejadian jam 5 petang Isnin lalu, polis menemui mayat wanita mengandung warga Indonesia ditanam sedalam satu meter sebaik menerima laporan anak saudara mangsa yang mengetahui perkara itu daripada rakannya.

Ketua Polis Selangor Datuk Abu Samah Mat berkata, suspek berusia 42 ditahan di rumahnya berhampiran rumah mangsa petang kelmarin, selepas penemuan kubur wanita berusia 39 tahun di dalam ladang sawit yang ditutupi daun dan tikar.

Bagaimanapun seorang rakan suspek utama berusia 30-an dipercayai bertanggungjawab menanam kedua-dua mayat mangsa itu.

"Suspek kedua berusia 30-an masih lagi bebas."

"Suspek direman hingga 25 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan keguguran dengan niat menyembunyikan kelahiran," katanya semalam.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasatan ke atas kedua-dua mayat itu yang dilakukan di Bahagian Forensik Hospital Sungai Buloh bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/10664


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.