Khamis, 6 November 2014

Khamis, November 06, 2014
Polis Kenal Pasti Pembuli Singlet Hitam | Polis sudah kenal pasti insiden buli diketuai seorang pelajar memakai singlet hitam yang viral di Facebook berlaku di Pontian, empat tahun lalu.

Polis Kenal Pasti Pembuli Singlet Hitam

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada 2010.

"Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama sudah dibuang sekolah pada Ogos 2011 ekoran pelbagai masalah disiplin.

"Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihaknya turut mengesahkan tiada sebarang aduan dibuat berhubung insiden terbabit," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Menurutnya, pihak sekolah mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.

Pengguna laman sosial mula gempar apabila video buli berdurasi 4 minit dan 37 saat dimuat naik malam Isnin lalu, memaparkan sekumpulan pelajar diketuai remaja memakai singlet hitam memukul sembilan pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/7002


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.