Isnin, 17 November 2014

Isnin, November 17, 2014
Polis Kenal Pasti Penculik | Polis sudah mengenal pasti suspek lelaki yang cuba menculik kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di depan Wat Ariyakhiri berhampiran rumahnya di Kampung Aril, Melor, Jumaat lalu.

Polis Kenal Pasti Penculik

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, lakaran fotofit suspek itu yang berusia lewat 20-an itu juga sudah diedarkan ke merata tempat.

"Kita harap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek akan segera menghubungi balai polis terdekat.

"Berdasarkan keterangan mangsa, suspek dipercayai warga tempatan berkulit sawo matang, tinggi dan berbadan kurus," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) hari ini.


Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilarikan sejauh 22 kilometer oleh seorang lelaki menaiki kereta Proton Saga.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu berjaya menyelamatkan diri apabila kenderaan lelaki terbabit tersangkut dalam selut di Banir Belikung, Pasir Puteh.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9668


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.