Rabu, 19 November 2014

Rabu, November 19, 2014
Punca Sebenar Awan Gelap Selubungi Mekah | Beberapa hari lalu, video awan gelap yang menyelubungi Mekah dan bertukar kemerah-merahan menjadi perhatian terutama bagi para penduduk Malaysia.

Punca Sebenar Awan Gelap Selubungi Mekah

Namun begitu, punca sebenar terjadinya begitu adalah ribut pasir dan ia merupakan fenomena biasa bagi penduduk Mekah.

Menurut rakyat Malaysia yang juga Penterjemah Khutbah Masjidil Haram, Mohamad Nurul Hafiz Abdul Latif, 30, kejadian itu bukan pelik di kalangan penduduk Arab Saudi kerana berlaku saban tahun.

"Fenomena itu kerana ribut pasir. Oleh itu, kejadian selepas solat Jumaat lalu yang dihebohkan di Malaysia itu bukannya pelik,” katanya yang menetap di Tanah Suci sejak sebelas tahun lalu.

Sementara itu, menurut portal berita Sabq, pejabat Presiden Meteorologi dan Persekitaran (PME) melaporkan hujan dan ribut petir diiringi angin debu terus melanda beberapa kawasan di Qassim, Riyadh dan Timur manakala di bahagian utara suhu berkabus.

Tambah portal itu, pihak pertahanan awam mengeluarkan amaran kepada warga Jeddah dan Makkah menerusi laman sosial agar menjauhi pantai, lampu jalan dan pokok selama beberapa jam bagi mengelak kemalangan.

Ribut dengan debu juga berlaku di Makkah Madinah, Hail, Al-Jouf dan sempadan utara sementara hujan lebat muncul di Asir Al-Baha dan Jazan pada petang Ahad.

Hujan lebat turut menggangu laluan trafik di lebuhraya Harmain mengakibatkan kenderan bergerak perlahan.

Pada kejadian Jumaat lalu, ribut pasir dan hujan lebat turut menyebabkan berlaku banjir sekitar Makkah sehingga merosakkan kenderaan dan kediaman penduduk.




sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9931


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.