Sabtu, 15 November 2014

Sabtu, November 15, 2014
Putus Tangan Bila Parang Makan Tuan | Seorang penyamun warga Myanmar putus tangan kanan akibat dilibas mangsanya dalam kejadian di Taman Sikamat Utama, kira-kira 3.30 pagi tadi.

Putus Tangan Bila Parang Makan Tuan

Kejadian bermula apabila sekumpulan empat suspek mahu memecah masuk rumah suami isteri yang juga warga Myanmar dan pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR).

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, suspek memecah masuk melalui tingkap di ruang tamu sebelum menendang pintu bilik menyebabkan mangsa berusia awal 40-an dan isteri berusia 30-an terkejut.

"Mereka kemudian meluru ke arah mangsa dan menumbuk mukanya bertubi-tubi dan merampas rantai dipakai isteri mangsa. Mangsa kemudian melawan tindakan suspek menyebabkan berlaku pergelutan.

"Bagaimanapun, mangsa kemudian berjaya merampas parang dipegang seorang daripada suspek lalu melibas ke arahnya menyebabkan pergelangan tangan kanannya putus," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, hasil laporan, polis menjalankan siasatan dan menemui suspek yang cedera di dalam semak kira-kira 50 meter dari rumah mangsa manakala tiga lagi suspek melarikan diri.

Muhamad Zaki berkata, lelaki terbabit kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9275


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.