Selasa, 11 November 2014

Selasa, November 11, 2014
RAJA AZMI SAH BERCERAI | Rumah tangga Raja Azmi Raja Sulaiman dan suaminya Mohd Eddie Ghazali tidak dapat diselamatkan apabila kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa 11 November 2014.

RAJA AZMI SAH BERCERAI

Lafaz cerai dilakukan oleh Mohd Eddie, 46, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.05 petang.

Shaiful Azli kemudiannya memerintahkan Raja Azmi, 55, menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula dari tarikh lafaz cerai di buat.

Kedua-dua pasangan itu datang ke mahkamah bersama kira-kira pukul 2.30 petang dan mereka dilihat tidak bermasam muka.

Eddie yang memakai baju kemeja ungu manakala Raja Azmi tampil berbaju kurung hijau dengan padanan tudung hitam itu juga tidak kisah melayan kehendak media yang meminta mereka bergambar bersama.

Eddie kelihatan sebak sebelum membuat lafaz cerai tersebut.


Selepas lafaz dibuat di dalam kamar, Raja Azmi berkata dia berasa lega apabila masalah rumah tangga yang dilalui beberapa bulan lalu akhirnya selesai dengan cara baik.

"Diakui, saya sedikit sedih kerana perkahwinan kedua saya kali ini hanya dapat bertahan tidak sampai setahun pun.

"Tetapi saya percaya setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Kami pun berpisah dengan cara baik dan masih lagi bersahabat," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/11/11/raja-azmi-cerai/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.