Selasa, 11 November 2014

Selasa, November 11, 2014
Razif Sidek Dedah Chong Wei Guna Dadah Dan Khidmat Doktor Luar | Bekas pemain negara, Razif Sidek telah tampil bagi menjelaskan kes yang menimpa Lee Chong Wei yang didapati positif dalam sampel dan dijangka berdepan dengan pergantungan selama 2 tahun.

Razif Sidek Dedah Chong Wei Guna Dadah Dan Khidmat Doktor Luar

'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'

Begitulah respon Razif Sidek terhadap isu positif dadah oleh pemain terkenal negara, Datuk Lee Chong Wei. Menurut Razif, , ramai pegawai termasuklah pemain-pemain dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedar akan kesalahan yang dilakukan oleh pemain nombor satu dunia itu.

"Akan tetapi, tiada sesiapa yang berani membuka mulut kerana menyedari status Datuk Lee Chong Wei sebagai jaguh badminton negara dan dunia."

"Sebelum ini, susah nak bercakap sebab tiada bukti kukuh. Kali ini dia sudah terkena, saya tidak mahu tuduh tetapi sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama."

Boleh dikatakan pemain senior dan pegawai sudah tahu perkara ini. Malah, perkara ini turut mendapat pengetahuan daripada pemain-pemain junior tetapi mereka sedar bahawa atlet ini melibatkan wira kebangsaan kita.

"Saya difahamkan dia mengambil dadah ini dan sanggup mengupah doktor itu datang ke sini semata-mata untuk menggunakan bahan terlarang berkenaan."

"Bukankah saya dah cakap sebelum ini? Saya bukan jenis individu buat tuduhan melulu, tetapi kisah ini telah dimaklumkan kepada saya oleh beberapa individu dalam persatuan itu sendiri," katanya.

Chong Wei kini dikenakan penggantungan sementara dan hukuman sebenar akan diumumkan selepas Panel Pendengaran Doping Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selesai bersidang pada satu tarikh yang belum diputuskan lagi.

Rashid Sidek Tak Percaya

Bagaimanapun, ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek pula kini dilihat berada di pihak pemain tersebut selain bersedia memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Panel Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes doping membabitkan jaguh badminton negara itu.

Rashid juga melahirkan keyakinan beliau tidak bersalah kerana pemain nombor satu dunia itu sentiasa berpegang kepada prinsip 'tiada jalan pintas' untuk meraih kejayaan dalam sekelip mata.

"Bagi saya, beliau tidak bernasib baik (dalam kes doping ini). Secara jujur, dia seorang pemain yang baik dan mempunyai komitmen tinggi (dalam sesi latihan). Dia dapat atasi segala rintangan sebelum berada di mana dia sekarang.

"Secara terbuka, saya memang sentiasa memberi sokongan kepada beliau. Saya sudah lama melatih dia selain mengenali karakternya yang jujur," katanya.

sumber
http://www.astroawani.com/news/show/keluarga-sidek-bergaduh-isu-doping-ikon-badminton-negara-48110


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.