Rabu, 5 November 2014

Rabu, November 05, 2014
Remaja Tembak Kolej Jururawat Di Cari | Pihak polis sedang mengesan seorang remaja lelaki dipercayai melepaskan tembakan menggunakan senapang angin ke arah kolej kediaman kejururawatan di Luyang, malam semalam.
   
Remaja Tembak Kolej Jururawat Di Cari

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, remaja terbabit dipercayai melepaskan tembakan dari kampung berhampiran kira-kira 7 malam menyebabkan dua lubang kecil pada tingkap kaca dua bilik kolej berkenaan.

Beliau berkata, kesan lubang itu dipercayai akibat bebola besi daripada senapang angin tersebut.
   
"Mangsa (pelajar wanita) dikatakan sedang makan malam bersama rakannya di dalam bilik sebelum terdengar letupan kuat dari arah perkampungan (berdekatan kolej)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
   
Mangsa kemudian mendapati terdapat serpihan kaca di atas lantai berdekatan tingkap dalam bilik itu namun tiada yang cedera, katanya.
   
Chandra berkata, motif sebenar kejadian masih disiasat dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu supaya segera tampil bagi membantu siasatan. - Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/remaja-tembak-tingkap-pelajar-kejururawatan-diburu-1.330513


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.