Ahad, 2 November 2014

Ahad, November 02, 2014
RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI | Semenjak dua menjak ni ramai yang tetiba berminat dengan Jeruk Mangga Asam Boi...Kalau tengok kat gambar pun dah terliur...apa kata kita cuba sendiri dengan resepi Jeruk Mangga Asam Boi dibawah ini. Akceli mudah je sebenarnya cara penyediaan jeruk mangga asam boi ni...nak dengan tak nak je.....hehehe

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI

Bahan-bahan

1) 4-5 biji mangga
2) 10 biji asam boi
3) Sedikit garam
4) Gula ( lebihkan pun boleh )
4) 3/4 biji Cili Padi ( lebihkan jika kita sukakan jeruk mangga yang pedas )
5) Cili Kering (pada yang tak sukakan sangat pedas)
6) Gula Melaka 4 Ketul

Cara Penyediaan Jeruk Mangga Asam Boi

 1. Cili kering (kalau nak guna cili kering) dijerang bersama air...kemudian, dikisar...buat ikut selera sendiri...kalau hendak pedas, sediakanlah banyak-banyak...kalau hendak kurangkan pedas, bolehlah buangkan bijinya dahulu...Kalau nak guna cili padi cuma potong kecil-kecil jerr.

2. Petik/kutip/beli buah mangga muda secukupnya...potong dan belah 4...kalau buahnya kecil, belah 2 pun dah cukup..buang bijinya...basuh dan bilas bersih-bersih serta buangkan getahnya...

3. Rendam buah mangga muda dalam besen/periuk besar dengan sekampit garam selama 1-2 hari sehingga kulit mangga muda bertukar kekuningan...

4. Jerang 4 ketul gula melaka dan 1 1/2 cawan gula pasir bersama 6 cawan air di atas api sederhana...boleh tambahkan air lagi jika rasa pekat...air gula ini dibiarkan sejuk. Simpan dalam bekas seperti balang..

NOTE: Bagi yang tak nak guna melaka, lagi senang....potong2 buah mangga tu...pas tu terus je bubuh segala bahan, simpan dalam peti selama 5 jam kalau tak sabar kalau nak lagi sedap tunggu 1/2 hari...lagi sempoi bak hang...

RESEPI JERUK MANGGA ASAM BOI

Selamat Mencuba Jeruk Mangga Asam Boi anda....- Kalau menjadi/sedap boleh fikir2 cara nak berniaga pulak laa...hehehe.

sumber
https://www.facebook.com/sedaphabakhang




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.