Selasa, 18 November 2014

Selasa, November 18, 2014
Ribuan Ikan Timbul Di Sungai Muar | Para penduduk berhampiran Muar gempar apabila ribuan ikan terutama gelama muncul di permukaan Sungai Muar berhampiran Masjid Sultan Ibrahim tengah hari tadi.

Ribuan Ikan Timbul Di Sungai Muar

Kejadian dikenali sebagai fenomena 'ikan mabuk' menyaksikan ribuan ikan timbul dan melompat-lompat di sungai ketika air surut.

Ia berlaku dipercayai disebabkan peralihan air sungai dan campuran air hujan di sungai berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjaring atau menangkap ikan hingga mampu membawa pulang lebih 10 kilogram seorang.


Kebanyakan pengunjung yang hadir akan membawa jaring atau sanggup membeli jaring baru kerana tidak mahu melepaskan peluang menjaring 'ikan mabuk' di sungai itu.

Kejadian ikan mabuk bukan pertama kali berlaku di negara ini, sebelum ini kejadian sama berlaku di Tambisan Sabah dan juga di Parit Buntar.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9915 


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.