Ahad, 9 November 2014

Ahad, November 09, 2014
ROKET PUNCA TANGAN PELAJAR HANCUR | Baru saja admin memuatnaik satu artikel yang dipetik dari Terengganu Times mengenai seorang pelajar ILP yang hancur tangan kerana letupan kotak, Malangnya, ia hanya rekaan semata-mata dari mereka kerana mereka sebenarnya sedang membina roket lapor Metro.

ROKET PUNCA TANGAN PELAJAR HANCUR

Mnurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata sebelum kejadian, Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19, Nazrin Che Mohamad, 20, dan Mohd Afiq Mohd Misran, 18, dikatakan memasukkan beberapa bahan ke dalam sebatang besi paip.

"Mereka dikatakan hendak mencipta roket dengan memasukkan bahan seperti arang, sulfur dan beberapa bahan bakar dan letupan lain bersamanya ke dalam besi berkenaan.

"Bagaimanapun, ketika proses memampatkan bahan berkenaan, secara tiba-tiba roket yang hendak dicipta mereka meletup menyebabkan ketiga-tiga penuntut terbabit mengalami kecederaan," katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

TANGAN PELAJAR ILP HANCUR BILA KOTAK MELETUP TIBA-TIBA

Wan Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pondok polis HSNZ sebelum pentadbiran hospital mengesahkan kejadian itu, pada 5.20 petang.

"Maklumat awal diterima oleh pohak hospital kononnya tiga penuntut terbabit mendakwa terkena letupan daripada sebuah kotak yang dialih ketika sedang mengemas rumah nenek seorang daripada mangsa untuk disewa.

"Bagaimanapun siasatan awal polis mendapati letupan berkenaan dipercayai berpunca daripada besi yang padat dengan bahan letupan berkenaan," katanya.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/7497


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.