Isnin, 17 November 2014

Isnin, November 17, 2014
Roti Benggali Kembang Tekak | Sebuah premis membuat roti benggali yang popular di negeri ini beroperasi di Jalan Datuk Keramat, Georgetown diarah tutup selama 14 hari selepas didapati gagal mematuhi aspek kebersihan hasil pemeriksaan oleh sepasukan pegawai Jabatan Kesihatan negeri 9 pagi tadi.

Roti Benggali Kembang Tekak

Pemeriksaan dilakukan Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri menemui najis tikus dan hurungan lalat pada bahan digunakan untuk membuat roti itu.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Ku Nafishah Ku Ariffin mengesahkan arahan pemberhentian operasi terhadap premis berkenaan.

Selain arahan penutupan premis selama dua minggu pengusaha terbabit turut dikenakan denda sebanyak RM2,500.

Pengusaha syarikat roti itu juga didapati mengabaikan aspek kebersihan apabila dikesan membuang sisa adunan roti di atas lantai selain pekerja memproses makanan itu tanpa memakai penutup kepala, sarung tangan dan penutup mulut.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/9674


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.