Isnin, 3 November 2014

Isnin, November 03, 2014
Rozita Che Wan Akui Bersolek Ketika Bersalin | Ramai yang memuji kecomelan anak perempuan Che Ta dan Zin Saidin setelah melihat wajah bayi comel tersebut, namun tak kurang juga ialah perhatian terhadap kecantikan Che Ta sendiri sebaik proses bersalin selesai dan disiarkan di Hlive.

Rozita Che Wan Akui Bersolek Ketika Bersalin

Menerusi gambar yang dimuat naik dan ketika tayangan di sebuah program TV, Che Ta kelihatannya cantik dengan solekan serta rambutnya didandan rapi.  Ketika ditanya hal itu, ini jawabnya.

"Memang saya bersolek dan bersiap.  Bukan sebab nak masuk TV, tapi ketika melahirkan dua anak sebelum ini pun saya buat perkara sama. Malah, kalau ke mana-mana sekali pun, saya pasti akan bersiap," ujarnya.

Che Ta yang turut berkongsi perasaannya setelah selesai melahirkan bayinya berkata, beliau rasa seronok dan syukur kerana semuanya telah selamat.


"Saya memang nak bersalin normal.  Malah doktor sendiri pun sarankan perkara sama sebab dua anak saya sebelum ini pun dilahirkan secara normal.  Jadi tidak ada masalah untuk lakukan itu.

"Lahir sahaja anak dan ketika melihat wajahnya, saya rasa bersyukur dan gembira.  Impian untuk memiliki anak perempuan dimakbulkan," katanya yang akan menjalani proses berpantang selama 100 hari menerusi kaedah tradisional.

sumber
http://mediahiburan.karangkraf.com/terkini/che-ta-akui-bersolek-ketika-bersalin-1.330017


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.