Selasa, 11 November 2014

Selasa, November 11, 2014
SAM BUNKFACE AKUI TELAH BERTUNANG | "Kami sudah selamat bertunang sebulan yang lalu dan majlis itu dibuat secara sederhana kerana sebenarnya rancangan awal kami datang ketika itu hanya untuk merisik.


"Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan," kata Sam Bunkface ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran muzik video Malam Ini Kita Punya di pejabat Sony Music Malaysia, petang tadi.

Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam akhirnya mengaku telah pun mengikat tali pertunangan dengan Aida Azira Hussin, 27, seorang penerbit rancangan di TV3 pada 6 Oktober lalu.

SAM BUNKFACE AKUI TELAH BERTUNANG

Tambah Sam lagi, majlis pertunangan itu berlangsung secara sederhana di kediaman wanita berkenaan di Masjid Tanah, Melaka dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Sam dan Aida berkenalan selama empat tahun sebelum mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih dua tahun kemudiannya.

Sam berkata, pengakuan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan khabar angin yang tidak tepat mengenai hubungan mereka.

SAM BUNKFACE AKUI TELAH BERTUNANG

“Saya mendedahkan perkara ini adalah bagi menjelaskan status hubungan kami yang selama ini menjadi tanda tanya.

"Kasihan juga pada Aida yang terpaksa menjawab pertanyaan ramai pihak," katanya.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/8288


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.