Sabtu, 8 November 2014

Sabtu, November 08, 2014

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka mengumumkan ujian doping Sampel B pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, positif deksametason' pada sidang media yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Sampel B Chong Wei Positif

Sidang media di ibu pejabat BAM di Bukit Kiara itu akan diberikan Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria.

Berikutan keputusan doping itu, Chong Wei berhadapan dengan penggantungan selama dua tahun. Bagaimanapun, beliau akan diberi peluang mengemukakan rayuan pada sesi pendengaran dengan Persekutuan Badminton Dunia BWF) pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Chong Wei minggu ini diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh ke Oslo, Norway untuk menyaksikan analisis ujian Sampel B di makmal Hospital Universiti Oslo pada 5 November lalu.

Chong Wei dilaporkan positif ujian doping bagi Sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.

Beliau dikatakan terbabit dalam skandal doping selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang 'deksametason' semasa ujian dijalankan.

Sumber
Berita Harian Online




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.