Jumaat, 7 November 2014

Jumaat, November 07, 2014
Seorang Lagi Remaja Kaki Buli Mengaku SALAH  | Seorang lagi remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana di sini, hari ini atas tuduhan bersama-sama satu kumpulan hingga mendatangkan kecederaan kepada seorang budak berusia 11 tahun di sebuah asrama anak yatim, pada jam lebih kurang 1 petang hingga 2 petang antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.

Seorang Lagi Remaja Kaki Buli Mengaku SALAH

Tertuduh berusia 15 tahun itu sepatutnya dituduh bersama lima rakannya yang lain, semalam namun dia gagal menghadirkan diri.

Difahamkan, remaja itu ditahan di rumah warisnya di Padang Besar pada jam 10 pagi tadi dan dibawa ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Lima Pembuli Mengaku Bersalah

Semalam, lima pelajar lain berusia 13 sehingga 16 tahun mengaku bersalah terhadap tuduhan sama.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/7243


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.