Khamis, 20 November 2014

Khamis, November 20, 2014
Bakar Al Quran Di Tokong Cina di Supermarket Billion? | Agak heboh juga kes Al Quran dibakar di sebuah tokong cina berdekatan Supermarket Billion, Jalan Tungku Abdul Rahman, Alor Star pada awal pagi 20 Nov 2014.


Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9.30 pagi itu, seorang lelaki bersama anak kecil telah terlihat individu sedang membakar Al-Quran di tempat ibadat mereka di Supermarket Billion.

Lelaki tersebut telah memaklumkan kepada Pengerusi peniaga Supermarket Billion, di atas makluman itu, pengerusi peniaga tersebut pergi membuat siasatan.

Pengamatan pengerusi tersebut mendapati memang terdapat keratan Al-Quran di dalam tempat pembakaran ibadat kaum cina.

Siapa Yang Bakar Al Quran Di Tokong Cina?

Beliau terus menghubungi pihak polis. Antara Agensi yang hadir, Jabatan Agama Islam, Unit Forensik IPK Kedah, Unit Forensik(Bomba), Pegawai Penyiasat dari IPD Kota Setar, RKS dan lain-lain.

Suspek kes bakar tidak dapat dikenal pasti, memandangkan tiada siapa yang mengaku terlibat dengan kes ini

Kaum Cina yang berdekatan menafikan bahawa mereka terlibat melakukan perbuatan tersebut, namun pihak polis mengsyaki kemungkinan besar mereka yang melakukan perbuatan keji ini, sebenarnya memuja nombor ekor.

Siapa Yang Bakar Al Quran Di Tokong Cina?

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu pada pukul 10 pagi tadi sebelum menghantar anggota ke tempat kejadian yang terletak berhampiran sebuah tokong dan menemui beberapa cebisan kertas yang dipercayai al-Quran yang  dibakar.

"Kita syaki kemungkinan orang yang melakukan perkara ini mengalami masalah mental tetapi siasatan masih dijalankan. Diharapkan pihak di luar sana tidak membesar-besarkan isu ini kerana bimbang akan berlaku perselisihan faham antara kaum.

"Sekiranya ia dilakukan atas niat khianat, kita akan ambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati dan prejudis berdasarkan agama yang boleh disabitkan dengan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun," katanya.

Siapa Yang Bakar Al Quran Di Tokong Cina?

Beliau berharap agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar tampil memberi keterangan.

UPDATE: Suspek Bakar Al Quran Di Tokong Berjaya Di Tahan Polis

sumber
http://www.mukhrizmahathirfc.com/2014/11/terkini-bakar-al-quran-di-tongkong-cina.html
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-siasat-kes-bakar-al-quran-di-alor-setar


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.