Ahad, 23 November 2014

Ahad, November 23, 2014
Struktur LRT Selamat | Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) menafikan struktur Projek Lanjutan Laluan Aliran Transit Ringan (LRT) di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Subang Parade yang didakwa tidak selamat dan condong seperti tersebar di media sosial.

Struktur LRT Selamat

Jurucakap Projek Lanjutan LRT dalam satu kenyataan dikeluarkan berkata, dari segi fizikal struktur binaan itu selamat dan stabil bertentangan dengan gambar yang tersebar di dalam media sosial mendakwa landasan itu condong.

Menurutnya, sebaliknya apa yang berlaku ketika kontraktor sedang menjalankan kerja penyediaan untuk mengangkat blok konkrit untuk membina landasan mendapati kren digunakan bagi mengangkat blok itu mempunyai masalah tengah hari semalam.

"Kami terpaksa membuat keputusan untuk menurunkan semula kren itu demi kepentingan orang awam menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

"Kren itu berjaya dibawa turun dengan selamat dan laluan di kawasan terbabit dibuka semula untuk orang ramai jam 8 malam semalam. Kami memohon maaf kepada pengguna jalan raya di atas kesulitan yang berlaku," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/11114


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.