Sabtu, 8 November 2014

Sabtu, November 08, 2014
Suara Hancur, NOMAD Tekad Berhenti Menyanyi | Nampaknya penyanyi Tetap Menantimu , Nomad tekad untuk berhenti dari bidang nyanyian setelah gagal membaiki kelemahan dirinya sendiri termasuk menyanyi secara live.


Menurut Harian Metro, Nomad mengakui yang beliau akan mengundur diri seketika dari bidang nyanyian bagi memperbaiki kelemahan dirinya sendiri dan bukannya kerana masalah dengan syarikat naungannya.

“Saya tidak ada isu atau masalah apa-apa dengan mana-mana pihak termasuk pengurusan. Cuma yang menjadi dilema adalah diri saya sendiri yang masih gugup dan tidak boleh menyanyi secara langsung dengan baik setiap kali dipanggil untuk persembahan program TV (televisyen)” Kata Nomad.

“Ini bukan perkara baru dan tetap berlaku sampai sekarang. Banyak kali ditegur dan sudah macam macam usaha saya buat tapi tetap sama. Jadi saya fikir sudah tiba masa saya ambil inisiatif untuk berehat dan perbaiki kekurangan itu daripada terus menyusahkan orang lain,” jelasnya.

Nomad turut mengakui ini satu keputusan yang berat buat dirinya namun kami percaya jika ianya satu tempoh yang baik untuk perbaiki diri, mungkin satu hari Nomad akan kembali ke persada hiburan tanah air dengan bakat yang lebih besar.

sumber
http://www.rotikaya.com/nomad-berhenti-jadi-penyanyi/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.