Khamis, 20 November 2014

Khamis, November 20, 2014
Suspek Bakar Al Quran Di Tokong Berjaya Di Tahan Polis | Pihak polis menahan seorang lelaki berhubung penemuan beberapa cebisan helaian al-Quran dipercayai dibakar di dalam tong di sebuah medan selera berhampiran pasar Supermarket Billion, Jalan Tungku Abdul Rahman, Alor Star.

Suspek Bakar Al Quran Di Tokong Di Tahan Polis

Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata, lelaki itu ditahan di sebuah pasar raya di Mergong, kira-kira 3 petang semalam.

Katanya lelaki itu, yang belum diketahui maklumat dirinya, akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan.

"Mengikut keterangan peniaga-peniaga di pasar itu, lelaki berkenaan sentiasa dilihat berkeliaran di kawasan pasar dan sentiasa membakar kertas-kertas di tempat pembakaran terbabit," katanya malam tadi.


Beberapa cebisan al-Quran dibakar itu ditemui oleh seorang peniaga setelah dimaklumkan individu lain, lalu beliau melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Pada sidang media sebelum itu, Zakaria berkata, pihaknya mengesyaki orang yang melakukan perkara itu mengalami masalah mental. -  Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-tahan-lelaki-bakar-al-quran-di-kedah-1.335249


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.