Isnin, 24 November 2014

Isnin, November 24, 2014
Suspek Bunuh Budak 3 Tahun Kerana Bengang Di Ejek? | Suspek pembunuhan kanak-kanak Mohd Shahriqal Sidek, 3, mengaku menampar mangsa berulang kali sehingga pengsan sebelum mencampaknya ke anak sungai di Kampung Jempangah, Beaufort, Jumaat lalu.

Suspek Bunuh Budak 3 Tahun Kerana Bengang Di Ejek?

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata demikian ketika dihubungi, di sini, hari ini.

"Hasil siasatan awal, suspek berusia 30 tahun itu mengaku bertindak demikian pada Jumaat lalu termasuk mencampaknya ke anak sungai berhampiran Sekolah Menengah St John, kira-kira 7 kilometer dari lokasi kanak-kanak itu hilang.

"Suspek memberitahu mangsa yang kerap mengejeknya sebelum ini menyebabkan lelaki itu berang lalu bertindak menyerang mangsa," katanya.

Suspek kini direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/11362


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.