Ahad, 16 November 2014

Ahad, November 16, 2014
Suspek Pencuri Surau Di Tahan | Surau untuk orang Isalm membuat amal ibadat, tapi berlainan pula dengan segelintir pencuri yang menjadikan surau sebagai tempat mencuri dan akhirnya seorang suspek pencuri disurau sebuah hospital akhirnya berjaya ditangkap.

Suspek Pencuri Surau Di Tahan

Tindakan seorang wanita yang sanggup mencuri beg sewaktu mangsa sedang menunaikan solat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Star mengundang padah apabila berjaya ditahan petang semalam.

Mangsa, Che Piah Abu, 56, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang semalam, di surau tingkat lima hospital berkenaan.

“Selepas solat saya dapati beg galas mengandungi dokumen penting seperti kad pesara, kad pengenalan saya dan suami serta sedikit wang hilang.

“Saya segera beritahu anak dan dia mengesyaki seorang wanita yang turut berada dalam surau mengambil beg itu lalu segera mencarinya dalam kawasan hospital,” katanya.

Suspek Pencuri Surau Di Tahan

Pesara jururawat Hospital Jitra itu berkata, anaknya berjaya mengesan suspek lalu menyerahkannya kepada pengawal keselamatan bertugas.

“Wanita itu mengaku mencuri beg saya dan menyerahkan semula kad pengenalan kepada saya.

“Bagaimanapun beg itu dia sudah buang ke dalam tong sampah dan apabila dicari, beg sudah tiada di situ,” katanya.

Suspek Pencuri Surau Di Tahan

Menurutnya, insiden itu menyebabkan pengebumian suaminya, pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) Alor Setar Azami Rashid, 57, tergendala.

“Sebelum kejadian saya sedang menunggu untuk menuntut jenazah suami yang meninggal dunia kerana strok dan mengikut perancangan mahu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Keramat Jitra sekitar jam 5 petang,” katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/suspek-curi-beg-di-surau-hospital-ditahan-1.333685


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.