Sabtu, 15 November 2014

Sabtu, November 15, 2014
Tanam Kepala Dalam Pasir Tanda Protes PM Australia | Seramai 400 orang warga Australia bertindak menanam kepala mereka ke dalam pasir di pantai Bondi, Sydney kerana tidak berpuas hati dengan polisi Perdana Menteri negara itu, Tony Abbott yang tidak mengambil berat tentang perubahan iklim dunia.

Tanam Kepala Dalam Pasir Tanda Protes PM Australia

Abbott pada tahun 2009 pernah menyatakan kajian mengenai perubahan iklim bukan satu perkara penting dan mahu memberi fokus pada perkembangan ekonomi.

Tunjuk perasaan dilakukan menjelang persidangan tahunan G20 yang akan berlangsung di Brisbane, Australia pada 15 dan 16 November.

Tanam Kepala Dalam Pasir Tanda Protes PM Australia

Mereka mendesak agar isu ini menjadi salah satu agenda dalam persidangan berkenaan.

Menurut penganjur, Eden Tehan, demonstrasi ini dilakukan bagi menarik perhatian pemimpin-pemimpin dunia bahawa iklim adalah satu isu signifikan.

“Kami ingin memberitahu kepada pemimpin-pemimpin dunia yang dating ke Persidangan G20 di Brisbane bahawa demonstrasi di pantai ini adalah satu cara untuk dunia tahu kami tidak bersetuju dengan kerajaan terhadap isu perubahan iklim dan mahu melihat tindakan segera dilakukan secara global.” katanya.

Tanam Kepala Dalam Pasir Tanda Protes PM Australia

Ia mendapat liputan meluas media dan masyarakat yang membuat perkongsian di laman media sosial.

Penunjuk perasaan datang dari pelbagai latar belakang seperti pekerja profesional, pelajar sekolah dan ibu bapa.



sumber
http://www.astroawani.com/news/show/tanam-kepala-dalam-pasir-tanda-protes-48417
https://twitter.com/hashtag/headsinsandsalute?src=hash


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.