Sabtu, 8 November 2014

Sabtu, November 08, 2014
TANGAN PELAJAR ILP HANCUR BILA KOTAK MELETUP TIBA-TIBA | Seorang pelajar ILP Gong Badak hancur pergelangan tangan kanannya manakala dua lagi rakannya cedera ringan apabila sebuah kotak meletup secara tiba-tiba di Kampung Padang Machang, Manir petang tadi.

TANGAN PELAJAR ILP HANCUR BILA KOTAK MELETUP TIBA-TIBA

Dalam kejadian jam 4:30 petang itu, mangsa, Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19, sedang mengemas rumah yang baru disewa bersama dua lagi rakannya.

TANGAN PELAJAR ILP HANCUR BILA KOTAK MELETUP TIBA-TIBA

Semasa sedang mengemas itu, Khairul Shahiran mengangkat sebuah kotak yang tidak diketahui isinya dan secara tiba-tiba kotak itu meletup menyebabkan ketiga-tiga mereka mengelami kecederaan.

Ketiga-tiga mangsa kini dirawat di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Dalam pada itu, pihak polis kini sedang menyiasat bahan yang terdapat dalam kotak misteri itu.

TANGAN PELAJAR ILP HANCUR BILA KOTAK MELETUP TIBA-TIBA

Assalam ydh tuan.
Makluman awal kejadian letupan di kampung Padang Machang Manir.

Ringkasan.
Pada 8.11.14 jam l.kurang 1630hrs, 3 pelajar ILP Gong Badak sedang mengemas rumah nenek kepada salah seorang dari mereka iaitu Nazrin bin Che Mohamad untuk disewa di kampung padang Machang Manir. Semasa mengemas, satu kotak yg diangkat oleh Mohd Khairul Shahiran B. Che Ibrahim meletup dan menyebabkan ketiga-tiga mereka mendapat kecederaan.
Akibat dari letupan itu, Khairul Shahiran B Che Ibrahim mendapat kecederaan teruk pada kedua-dua tangannya. Kini ketiga-tiga mereka berada di ward kecemasan HSNZ dan sedang mendapat rawatan kecemasan. Butiran penama terlibat sepertimana dibawah:

1. NAZRIN B CHE MOHAMAD
940914085507 (CUCU TUAN RUMAH) CEDERA RINGAN.

2. KHAIRUL SHAHIRAN B CHE IBRAHIM 951023115307 ( CEDERA PARAH)

3. MOHD AFIQ BIN MOHD MISRAN
960418105007( CEDERA RINGAN)

Peg bertugas dcc sampai di HSNZ Jam 1720hrs setelah menerima makluman dari KT 37 yg bertugas di Pondok HSNZ.

Lawatan dan soalsiasat terhadap penama NAZRIN B CHE MOHAMAD mendapati beliau sendiri tidak tahu bahan apakah yg meletup didalam kotak yg diangkat oleh rakannya itu.

Tindakan:

1. Pihak JSJ dan CCC telah dimaklumkan melalui dcc.

2.. Anggota ronda balai manir telah bergegas ke tempat kejadian.

3. Peg bertugas dcc akan ke tempat kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut..

Gambar mangsa sepertimana dihantar selepas ini.

Untuk makluman tuan.

( INSP MOHD HAFIZUL ASHRAFF B MOHAMED)PEG BERTUGAS DCC.

TANGAN PELAJAR ILP HANCUR BILA KOTAK MELETUP TIBA-TIBA
TANGAN PELAJAR ILP HANCUR BILA KOTAK MELETUP TIBA-TIBA

sumber
http://terengganutimes.com/4-gambar-tangan-pelajar-hancur-kotak-meletup-di-manir


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.