Khamis, 13 November 2014

Khamis, November 13, 2014
Terjatuh Dalam Laut Ketika Berehat Atas Jambatan Pulau Bunting | Seorang lelaki berusia 20 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut sewaktu berehat di atas jambatan Pulau Bunting, kira-kira jam 1 petang tadi.

Terjatuh Dalam Laut Ketika Berehat Atas Jambatan Pulau Bunting

Difahamkan, mangsa, Mohd Syazwan Mohamad dilaporkan telah terjatuh ke dalam laut selepas gagal mengawal imbangan badan sewaktu duduk berehat di tepi jambatan berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan S Sivaligam, ketika ditemui mengesahkan telah menerima loporan berhubung kes berkenaan pada jam 2.12 petang.

"Seramai enam anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan," katanya.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/8796


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.