Ahad, 9 November 2014

Ahad, November 09, 2014
Tulang Muka Wanita Ini Retak Di Humban Polis | Satu rakaman video CCTV di dalam balai polis Chicago telah bocor dan menunjukkan seorang wanita, Cassandra Feuerstein telah ditolak dan terhantuk di kerusi konkrit yang mencederakan mukanya nyata mengejutkan ramai pihak.

Tulang Muka Wanita Ini Retak Di Humban Polis

Video tersebut dikeluarkan oleh peguam yang mewakili Feuerstein yang ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pegawai yang melakukan perbuatan itu terhadapnya. Kejadian itu bermula apabila wanita itu ditahan pihak polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Melalui rakaman itu, Cassandra Feuerstein yang pada mulanya berada di dalam lokap itu dibawa keluar untuk proses dokumentasi, selepas itu pegawai tersebut dilihat menarik wanita itu masuk semula ke dalam lokap sebelum menolaknya kuat sehingga tersembam ke bangku konkrit itu.

Tulang Muka Wanita Ini Retak Di Humban Polis

Selepas terhantuk ke dinding Feuerstein dilihat tersembam dengan darah di atas lantai sebelum beberapa pihak polis memberi bantuan perubatan ke atasnya.

Menurut peguamnya, wanita itu mengaku bersalah atas kesalahan alkoholnya, namun kini menfailkan pula dakwaan ke atas pegawai yang mendatangkan kecederaan terhadapnya.

Wanita itu, Cassandra Feuerstein, 47, mengalami keretakan tulang di bahagian muka dan terpaksa menjalani pembedahan untuk memperbetulkan semula struktur tersebut.

Menurut doktor, tulang mukanya tidak dapt diperbetulkan dan perlu diganti dengan plate titanium.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 2 juta pengguna. [2,406,845]



sumber
http://www.siakapkeli.com.my/2014/11/video-gambar-tulang-muka-hancur-di.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.