Khamis, 20 November 2014

Khamis, November 20, 2014
Ubah Wang Haram, Anak Pele Kena Penjara 33 Tahun | Anak kepada lagenda bola sepak dunia, Pele yang berusia 44 tahun ditahan di Brazil selepas kalah dalam rayuan terhadap kes pengubahan wang haram melibatkan kartel dadah.

Ubah Wang Haram, Anak Pele Kena Penjara 33 Tahun

Edson Cholbi do Nascimento  yang dikenali sebagai Edinho telah dijatuhi hukuman penjara selama 33 tahun pada awal tahun ini. Bagaimanapun dia dibenarkan menangguhkan hukuman sementara rayuan dibuat.

Bekas penjaga gol itu kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi sebelum hakim, Suzana Pereira menjatuhkan hukuman bahawa Edinho perlu dipenjarakan.

Kumpulan peguam Edinho kemudian memberitahu media bahawa pihaknya terkejut dengan keputusan tersebut dan akan meminta anak guam mereka dibebaskan  secepat mungkin.

Ubah Wang Haram, Anak Pele Kena Penjara 33 Tahun

Sambil menitis airmata, Pele dalam satu sidang media bagaimanapun enggan mengulas mengenai hukuman terhadap anaknya.

Lagenda bola sepak dunia berusia 74 tahun yang membantu Brazil menjuarai Piala Dunia pada 1958,62 dan 70 itu bercakap kepada pemberita selepas keluar dari hospital kerana menjalani pembedahan membuang batu karang.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/11/20/anak-pele/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.