Sabtu, 15 November 2014

Sabtu, November 15, 2014
"Ukuran Ketiak Pun Lari" - Emma Bela Cha-Cha | “Ukuran pada badan baju tu lari. Ada gelembung belakang dan ukuran pada ketiak pun lari. Masa fitting, Chacha ada beritahu bahu ni senget tapi dia (Ezuwan) cakap: “You jangan tengok sekarang belum siap lagi ni.”  Chacha tidak sangka pada hari kejadian, dapat baju macam tu,” luah Emma Maembong.


Nampaknya perang antara Cha-Cha Maembong dan Ezuwan Ismail berpanjangan apabila campurtangan Emma Maembong yang dilihat membela tindakan adiknya itu.

Emma, dalam status Instagram miliknya yang dimuat naik pada Jumaat mendedahkan adiknya tidak memakai pakaian tersebut  disebabkan sikap dan kelemahan Ezuwan sebagai pereka fesyen professional tetapi gagal menghasilkan pakaian dengan sempurna.

Malah Emma berkata, tuduhan yang dibuat oleh Ezuwan terhadap adiknya itu agak melampau kerana dia gagal mengesan kesilapannya sendiri kenapakah Chacha tidak memakai busana rekaannya pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2014 pada  7 November lalu.

Krisis antara pereka fesyen dan Chacha, 18, itu timbul apabila Ezuwan dikatakan berkecil hati ketika pelakon berkenaan muncul dengan busana rekaan pereka fesyen lain pada ASK 2014 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.

Selepas acara itu Emma dikatakan telah mengirimkan mesej kepada Ezuwan untuk meminta maaf kerana adiknya tidak dapat memakai pakaian berkenan dengan sebab-sebab yang dijelaskan.

Bagaimanapun Ezuwan pula menuntut Chaca memulangkan baju itu yang kini dalam simpanannya.


Status Emma di Instagramnya sehingga Sabtu mendapat lebih 18,000 likes dan ia turut diulang siar oleh Chacha yang memperoleh lebih 4,000 likes.

Emma menambah, semasa hari kejadian, adiknya terkejut apabila baju yang dipakai tidak muat sedangkan acara itu akan bermula dalam masa setengah jam sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut.

Tambahnya, jika ukuran baju itu tidak seperti yang dijanjikan, adalah menjadi hak kepada seseorang untuk bersuara.

Katanya, kedua-dua pihak perlu bertolak ansur kerana seseorang pereka fesyen itu menghasilkan baju dan apabila dipakai oleh seseorang artis, ia dikira membantu mereka mempromosikan busana berkenaan.

“Chacha dah minta maaf di public pasal isu ini, awak (Ezuwan) nak dia buat apa lagi? Perkara ini boleh diselesaikan cara baik tapi awak nak sangat post bagi tahu satu dunia baca, jadi saya pun terpaksa post juga untuk jelaskan perkara sebenar,” katanya dalam status itu.

Ikuti luahan penuh Emma Maembong dibawah...
Selama ni sy diam sbb sy hormat designer itu dan nk jaga nama dia. Sbb tu sy malas nk cerita benda sebenar atau masuk campur. Tapi bila asyik nk tuduh adik sy je salah melampau la takkan salah sendiri tak nampak kot? Sy ada dgn chacha time dia nak pakai baju designer tersebut. 

And ukuran badan pada baju tersebut lari. Ada gelembung belakang dan ukuran ketiak pon lari. Masa fitting chacha ada bagitahu bahu ni senget tapi dia ckp "you jgn tgk skrg, belum siap lagi ni" so she didn't expect la on the event day baju dapat mcm tu sbb dia dah ambik pin cucuk kt mana kena alter masa fitting. Sbb bila dapat baju dua2 belah tangan lari tak sama. 

Pelik jgk baju artis lain dia buat perfect gila pulak. Jangan sbb adik sy artis baru awk boleh nk buat sesuka hati saja. And event pun akan start lg setengah jam waktu tu. Just imagine keadaan sgt kelam kabut sbb baju tak muat, so chacha terpaksa pinjam baju designer lain. Bila dah dekat event faham2 saja lah kan, dah nama pun event.. 

Nak kena interview lagi, ambik gambar dan layan org semua. Mmg masa tu mana sempat nk bg tahu yg baju tak dapat nk pakai malam tu. Bukan sengaja taknak bg tahu. Lepas habis event semua, saya sendiri whatsapp dia minta maaf dan jelaskan keadaan sebenar kenapa baju dia tak dapat dipakai. Tapi dia yg tak boleh terima hakikat. 

Ingatkan dah settle tapi masih nk besar kan cerita. Sebenarnya kalau baju tu tak sempat pakai masa event tu, event lain masih boleh pakai. Kadang2 ada jugak terjadi dekat emma sendiri and usually designer lain faham and amat professional, siap event lain pakai baju yg tak jadi dipakai tu. Tapi ni mcm over sgt. Jgn nk ckp time nk sponsor "okay" je. 

Tapi dah kalau salah designer tu sendiri ukuran tak sama dan tak dpt seperti yang dijanjikan, oh kita tak boleh bersuara plk? Its fair and square lah, designer buat baju kita tlg mereka promote, sama2 untung. Chacha dah pun mintak maaf dekat public psl issue ni, awk nk dia buat apa lg? Perkara ni boleh settle cara baik and privately, tapi awk nk sgt post bg satu dunia baca so saya pon terpaksa post jgk to clear things out. 

Maaf kalau saya ada salah ckp dan maaf juga kalau terasa. Cuma jgnlah asyik nk cari salah org saja.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/11/15/isu-baju-chacha-maembong/
http://instagram.com/emma_maembong


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.