Ahad, 16 November 2014

Ahad, November 16, 2014
Video Kanak-Kanak Selamatkan Adik Syria Hanya Lakonan | Setelah menerima berjuta-juta tontonan di Youtube, video 'Syrian hero boy' telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak setelah satu kumpulan produksi dari Norway tampil menyatakan video berkenaan adalah lakonan ciptaan mereka semata-mata.

Video Kanak-Kanak Selamatkan Adik Syria Hanya Lakonan

Menurut kumpulan tersebut, video itu telah dilakonkan di Malta dengan bertujuan memberikan gambaran sebenar.

Lars Klevberg, 34, seorang pengarah filem di Oslo, menulis satu skrip setelah menonton satu laporan berita berkenaan konflik di Syria.


Dia berkata tujuan menghasilkan filem berkenaan seperti benar-benar terjadi bertujuan untuk membawa orang ramai berbincang perihal kanak-kanak yang tersekat di dalam konflik di Syria.

"Jiika saya boleh membuat satu filem dan berpura-pura ia benar-benar terjadi, orang ramai akan berkongsi video tersebut dan memberikan respon". katanya.


"Kami membuat penggambaran di Malta pada bulan Mei tahun ini dan set penggambaran yang kami gunakan pernah digunakan di dalam filem-filem terkenal seperti Troy dan Gladiator", tambahnya lagi.

"Budak lelaki dan perempuan di dalam filem berkenaan adalah pelakon professional dari Malta. Suara latar belakang pula adalah suara pelarian Syria yang tinggal di Malta.", kata Klevberg.

Video Kanak-Kanak Selamatkan Adik Syria Hanya Lakonan

Menurut Klevberg, dengan membuat penggambaran filem pendek ini akan menipu berjuta-juta orang tetapi dia juga berkata dengan penyebaran video tersebut, dia berharap agar nasib kanak-kanak dalam konflik di Syria menjadi pendebatan ramai.



sumber
http://www.siakapkeli.com.my/2014/11/video-hero-remaja-syria-cuma-lakonan.html
http://www.bbc.com/news/blogs-trending-30057401


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.