Sabtu, 1 November 2014

Sabtu, November 01, 2014
Wajah Pencuri Telefon & Dompet Mangsa Kemalangan Di Kesan! | Mengambil kesempatan keatas mangsa kemalangan bukan perkara baru. Banyak kes kita dapati mangsa kemalangan kehilangan barangan seperti dompet, handphone bahkan juga kenderaan mereka seperti motorsikal.

Wajah Pencuri Telefon & Dompet Mangsa Kemalangan Di Kesan!
Mangsa kemalangan bersama isterinya
Namun dengan bantuan teknologi terkini, barangan seperti handphone kini boleh melakukan satu tugasan iaitu mengambil gambar wajah suspek pencuri apabila suspek cuba membuka kekunci handphone mangsa.

Aplikasi Lockwatch Alert akan mengambil gambar suspek yang cuba membuka kekunci handphone dan memberi notis serta gambar suspek tersebut menerusi email mangsa.

Wajah Pencuri Telefon & Dompet Mangsa Kemalangan Di Kesan!

Di bawah ini kami kongsikan satu contoh dimana mangsa kemalangan di trafik light Machang Bubuk, Penang ketika kemalangan mengalami koma dan dompet serta handphone mangsa dilaporkan  hilang.

Mangsa yang mengalami kecederaan serius pada bahagian otak kemudiannya dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan.

Wajah Pencuri Telefon & Dompet Mangsa Kemalangan Di Kesan!

Tindakan suspek mengambil kesempatan keatas mangsa dan isterinya amat dikesali. Rakan mangsa telah memuatnaik gambar dan keterangan tersebut di wallnya dan menulis,
"Suami member kemalangan pg td kat traffic light machang bubuk penang...otw ke tempat kerja... Mangsa koma dan mengalami kecederaan otak yg serius. Nasib baik kawan2 terjump td masa lalu kat situ.
Handphone kena curi dgn mamat yg gambaq sorg tu..nasib baik zam guna aplikasi tu dia nk lock hp zam pastu outo snap gambaq hantar kat email...
Share sebanyak mungkin mgkin dia saksi ketika kejadian.."
Foto ini juga telah tersebar banyak dilaman fanpage besar. Semoga suspek berjaya dikesan.

#Walaupun wajah kamu telah dikaburkan...namun tahi lalat dipipi kirimu tetap jadi pojaann....kekeke

sumber
norhayatiyet




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.