Sabtu, 8 November 2014

Sabtu, November 08, 2014
WAJAH PENIAGA PENIPU SINGAPURA DI DEDAH | Baru-baru ini kes pelancong asing (China dan Vietnam) ditipu ketika cuba membeli gajet elektronik di Sim Sim Square Singapura mencetuskan kemarahan rakyat negara itu sendiri.

WAJAH PENIAGA PENIPU SINGAPURA DI DEDAH

Video warga Vietnam bernama Mr Pham merayu malah melutut memohon dipulangkan kembali duitnya yang ditipu peniaga tersebut menjadi viral dimedia sosial Singapura dan negara Asean lain.

Mr Pham sedang bercuti di Singapura bersama kekasihnya, sebagai tanda kenangan beliau mahu membeli iphone 6 sebagai hadiah untuk kekasihnya itu. Malangnya ia bertukar mimpi buruk.

WAJAH PENIAGA PENIPU SINGAPURA DI DEDAH

Pemilik kedai Mobile Air di Sim Lim Square (peniaga penipu) tersebut yang bernama Jover Chew telah menerima pelbagai sindiran,kritikan dan prank dari rakyat negara tersebut, beliau diajar cukup-cukup terutamanya dari sebuah fanpage SMRT Ltd (Feedback) hingga membuatkan Jover Chew terpaksa menutup sementara kedainya. Selain itu, kehidupan peribadi Jover turut didedah.


Terdahulu, syarikat Jover Chew, Mobile Air pernah membayar gantirugi kepada seorang pelancong China dengan memulangkan SG$1010 dalam bentuk 18kg duit syiling termasuk 1 sen dan 5 sen dan SG$463 wang tunai pada 28 Oktober, baru-baru ini.


Mangsa, Miss Zhou menghabiskan masa 4 jam di situ untuk mengira kesemua duit syiling itu. Selesai mengira, pihak bank pula tidak mahu tukarkannya kepada duit kertas.

Dalam pada itu, seorang bekas pekerja Air Mobile mendedahkan 7 taktik penipu syarikat tersebut kepada pelanggannya sehingga membolehkan syariakt untung 20K SD sebulan.

Selain SMRT Ltd, seorang usahawan yang perihatin telah memulakan kutipan derma untuk Pham.


Mr Gabriel Kang menggunakan indiegogo.com untuk membantu Pham Van Thoa dan usahanya itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari warga Singapura dengan mengumpul sebanyak SG$14,000 (US$11,000) dalam sehari.

Sasaran sebenar hanya US$1350 bagi menghadiahkan Iphone 6 dan hadiah buatan tempatan seperti bak kwa, jem kaya dan pek rempah-ratus untuk Pham. Ketika ini duit terkumpul telah mencecah US$12,300.


Dengan duit sebanyak itu pastinya sesiapa tidak akan menolak jika diberi. Tetapi Mr Pham Van Thoa sangat berbeza apabila menjawab.

"Saya hanya kehilangan $ 550. Jadi saya hanya akan menerima $ 550 yang disumbangkan oleh anda yang baik hati. Saya berterima kasih atas semua kebaikan tetapi saya tidak boleh mengambil lebih daripada apa yang saya telah hilang,


Kini reputasi kompleks Sim Sim Square (seperti Low Yat) di Singapura mendapat perhatian negatif dek perbuatan buruk peniaga yang tamak  seperti Jover Chew.

Sehubungan itu, kiosk Consumers Association of Singapore (CASE) dibina bagi memberi ruang kepada pelanggan yang ditipu membuat laporan.

Consumers Association of Singapore (CASE)
Consumers Association of Singapore (CASE)




sumber
http://www.siakapkeli.com.my/2014/11/gambar-wajah-penjual-telefon-tipu.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.